BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 15, 2011

kecantikan lelaki dan kegagahan wanita..


Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki?
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…


Dan dimana Kegagahan Wanita?
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

 source: here

Sunday, October 2, 2011

aku & dia dah PUTUS..

Assalamualaikum..

“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”

“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati.
x dihargai.
mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  
rabak. koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .
kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.
dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. 
Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.
mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.

aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.
nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. 
Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.

tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.
mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.
tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.

Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur :)

p/s :  Semoga bermanfaat :)
MANUSIA :

BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain

PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain

BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….



credit to: here

cinta yang sempurna.itu pilihan.bukan kesempatan

Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai,
Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat,
Itulah kesempatan

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatkan mu tertarik, 
Itu bukan pilihan
itu kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan ,
Itupun adalah kesempatan .

Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,
Bahkan dengan segala kekurangannya,
Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi,
Itu adalah pilihan .
Adalah pilihan yang harus kita lakukan.

Bahkan ketika kita menyedari bahawa masih ramai orang lain

Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada 

pasanganmu Dan tetap memilih untuk mencintainya,

Itulah pilihan.

Perasaan cinta, simpati, tertarik, 

Datang sebagai kesempatan pada kita.

Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.

Pilihan yang kita lakukan.

Berbicara tentang pasangan jiwa,

Ada satu petikan dari filem yang Mungkin sangat tepat :

“Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita

bagaimana membuat semuanya berhasil”

Pasangan jiwa boleh benar-benar ada.

Dan  sangat mungkin ada seseorang

Yang diciptakan hanya untukmu.
Tetapi tetap berpulang padamu


Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin

Melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak,

Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita,

Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita,

Kita ada di dunia bukan untuk mencari

seseorang yang sempurna untuk dicintai

TETAPI 

untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna

dengan cara yang sempurna

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu akan bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)


“Apabila kamu sekalian didatangi oleh seseorang yang warak dan akhlaknya kamu redhai maka kawinkanlah dia. Jika kamu sekalian tidak melaksanakannya maka akan terjadi fitnah di muka bumi ini dan tersebarlah kerosakan.” (HR. At Tirmidzi)






credit to: akuislam.com