BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 27, 2012

Pemimpin terbaek seisi dunia. juga akhirat.

Rasulullah sebaik-baik pemimpin
ketika Rasulullah Saw mengimami solat berjemaah, para sahabat mendapati seolah-olah setiap kali beliau berpindah rukun terasa susah sekali dan terdengar bunyi yang aneh. Selepas solat, salah seorang sahabat, Sayyidina Umar bin Khatthab bertanya, “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah baginda menanggung penderitaan yang amat berat. Sedang sakitkah engkau ya Rasulullah? “Tidak ya Umar. Alhamdulillah aku sehat dan segar.” Jawab Rasulullah. “Ya Rasulullah, mengapa setiap kali Baginda menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi-sendi tubuh baginda saling bergesekkan? Kami yakin baginda sedang sakit”. Desak Sayyidina Umar penuh cemas.




Akhirnya, Rasulullahpun mengangkat jubahnya. Para sahabatpun terkejut ketika mendapati perut Rasulullah SAW yang kempis tengah di lilit oleh sehelai kain yang berisi batu kerikil sebagai penahan rasa lapar. Ternyata, batu-batu kerikil itulah yang menimbulkan bunyi aneh setiap kali tubuh Rasulullah SAW bergerak. Para sahabatpun berkata, “Ya Rasulullah, adakah bila baginda menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?”. Baginda Rasulullah pun menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apapun akan kalian korbankan demi Rasulmu. Tetapi, apa jawapanku nanti dihadapan Allah, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya? Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah buatku, agar kelak umatku tak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih di akhirat nanti.



Teramat agung pribadi Rasulullah SAW sehingga para sahabat yang ditanya oleh seorang badui tentang akhlak beliau SAW hanya mampu menangis karena tak sanggup untuk menggambarkan betapa mulia akhlak beliau SAW. Beliau diutus tidak lain untuk menyempurnakan akhlak manusia dan sebagai suri tauladan yang baik sepanjang zaman.



CREDIT TO SOMEONE :)

Thursday, September 6, 2012

telepathy aku dan DIA..


Kita selalu bertanya dan al-Quran sudah menjawabnya….
Kita bertanya: Kenapa aku diuji?


Quran menjawab, “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ,”Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3).

Kita bertanya: Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?


Quran menjawab, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216).
Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?


Quran menjawab, “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286).
Kita bertanya: Kenapa kita rasa Kecewa (frust)?


Quran menjawab, “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Ali Imran, ayat 139).
Kita bertanya: Bagaimanakah harus aku menghadapinya?


Quran menjawab, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 45).

Kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?


Quran menjawab, “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal.” (Surah at-Taubah, ayat 129).
Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?


Quran menjawab, “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, ayat 111).


Kita berkata: Aku tak tahan!


Quran menjawab, “….dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 12).

Kita berkata: Sampai bila aku akan merana begini?


Quran menjawab, “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6).

Tuesday, March 13, 2012

and again.it happen.


kerana cinta, aku merelakan sebuah perpisahan..

kerana cinta, aku lepaskan kegembiraan...

kerana cinta, aku memilih meninggalkan kebahgiaan yang tidak pasti..


hasilnya, Allah di hati..

aku cuba kuatkan diri…

telah ku cuba menenangkan hati..

cukuplah Allah sebagai penawar hati..

jika bukan di dunia.. akhirat masih setia menanti..

TAPIIII….

aku hanyalah manusia biasa..

yang punya hati, juga perasaan..

kadangkala, hampirku tersungkur di kaki tipu daya hati dan perasaan..

ya Allah, berikanlah aku kekuatan T_T
 



-credit to owner-

Tuesday, March 6, 2012

fakta menarik LELAKI yg WANITA perlu tahu.



Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.


Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.


Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.


Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.


Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.


Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.


Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.


Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.


Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.


Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
Lelaki juga akan menangis.


Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.


Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.




Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.


Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’


Lelaki amat sayang ibu mereka.


Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.


Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.


Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.


Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.


Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.


Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.


Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.


Lelaki lebih banyak berfikir.


Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.


Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.


Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.


Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.


Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.


Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.


Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.


Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.


Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.


Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.


Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.


Sumber : http://wootmedia.my/



ouh. begitu ye~

Saturday, February 25, 2012

pernahkah?



♥ PERNAHKAH ...?? ♥  

PERNAHKAH...
Saat kau duduk santai dan menikmati harimu, tiba-tiba kamu terfikirkan ingin berbuat sesuatu kebaikan untuk seseorang?

♥ Itu Adalah Allah...
Yang sedang berbicara denganmu dan mengetuk hatimu...♥
(QS 4:114 , 2:195 , 28:77)

PERNAHKAH...
Saat kau sedang sedih... kecewa... tetapi tidak ada orang di sekitarmu yang dapat kau jadikan tempat curahan hati?

♥ Itulah saatnya di mana Allah .. Sedang rindu padamu dan ingin
agar kamu berbicara padaNYA...♥
(QS 12:86)

PERNAHKAH...
Kamu tanpa sengaja memikirkan seseorang yang sudah lama tidak bertemu dan tiba-tiba orang tersebut muncul atau kamu bertemu dengannya atau menerima panggilan telefon atau message darinya?

♥ Itu adalah Kuasa Allah yang sedang menghiburmu. Tidak ada namanya kebetulan...♥(QS 3:190-191)

PERNAHKAH...
Kamu mengharapkan sesuatu yang tidak terduga... yang selama ini kamu inginkan... tapi rasanya sulit untuk didapatkan?

♥ Itu adalah Allah...
Yang mengetahui dan mendengar suara batinmu... Dan hasil dari kebaikan yang kamu taburkan sebelumnya ♥
(QS 65:2-3)

PERNAHKAH...
Kau berada dalam situasi yang buntu... semua terasa begitu payah... begitu tidak menyenangkan... hambar... kosong... bahkan menakutkan...?

♥ Itu adalah saat di mana Allah mengijinkan kamu diuji, supaya kamu menyedari KeberadaanNYA. Dan Allah ingin mendengar rintihan dan doamu. Karena Dia tahu kamu sudah mulai melupakanNYA dalam kesenangan...♥
(QS 47:31 , 32:21)

Sering Allah mendemonstrasikan KASIH dan KUASANYA di dalam keadaan, di mana saat manusia merasa dirinya tak mampu.

Apakah kau fikir tulisan ini hanya kebetulan terkirim padamu...?

TIDAK! Sekali lagi TIDAK ada yang kebetulan...

Beberapa minit ini tenangkanlah dirimu...

Rasakan kehadiran-Nya...

Dengarkan suara-Nya yang berkata:

♥"Jangan Khawatir ,AKU ada disini bersamamu..!"♥
(QS 2:214 , 2:186, 50:16)

Tersenyumlah sahabat hatiku....^_^








credit to: here

Saturday, February 18, 2012

bukan sombong.

Jika benar cinta itu kerana Allah SWT, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah SWT kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah SWT maka ia pun berhilir hanya kepada Allah SWT.

Tetapi, ingatlah! Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah SWT dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah SWT dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.



Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.

Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul² sudah bersedia maka kahwinlah.

Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah SWT bukan di pandangan manusia.










Untuk Hawa.

Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.




Untuk Adam.

Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam Islam.