BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 31, 2011

ade ape dgn 2012?

ASSALAMUALAIKUM..


memandangkan lagi berape jam nak berakhirnye 2011, make ta salah kalau kita muhasabah diri ape yg kite dah buat sepanjang tahun sebelum 2012 berakhir( ye. memg la selalu kene muhabasah diri.) sedar tak sedar dah tahun 2012 ye? time flies very fast. yes. in the blink of an eye, dah 2012 upenye( lagi berape jam.silap. minit. ) 


memang org selalu cakap jgn pandang belakang, but keeps on moving .tapi for certain reasons its good to look back to value back u have get so far.


2011? urm. tahun 2011 memang banyak kenangan. sangt banyak. ye . tak dinafikan tahun sebelum ni lagi banyak kenangan .tapi bagi diri ini, tahun 2011 lebih banyak mengajar erti kehidupan. dah 20 tahun hidop. fikiran pon semakin matang.  tu yg makin menghargai setiap ape yg berlaku. tapi setiap ape yg berlaku, sesungguhnya itu adalah the best teacher.as the words say: experience is the best teacher. 
 bile tgok balek, rase mcm diri ni dah semakin mampu berfikir, mampu menilai ape yg baek dan ape yg terbaek. subhanallah. sungguh ALLAH itu maha adil. ujian yg datang tu semua ada hikmahnya..




kalu rewind balek, ade satu kes ni yg paling buat diri ni rase semakin matang. handling emotion. yes. handle it when it comes to the worst situation. rase teraniaya. rase terkhianati. rase itu. rase ini. semua ada. maha suci Allah. mula2 memang rase tak mampu dah nak teruskan perjalanan hidup ni sbb ta mampu nak kawal emosi itu, tapi ALLAH takkan pernah tinggal hambaNYA. itu janjiNYA. dan JANJI itU pasti ditepati. saat tu, ALLAH sebaik2 penolong. ALHAMDULILAH yaALLAH membawa balek diri ini yg satu saat dulu jatuh tersungkur seolah- olah tidak mampu untuk bangun. . ALHAMDULILLAH..


frankly speaking, rasenye tahun 2011 lebih banyak mengajar untuk menilai people. supaya - jangan terlalu percaya org. ya. even bertahun2 kenal pon, ta mustahil org tu akan khianati. 


dan KAWAN? alhamdulillah YA ALLAH . kerana telah tunjukkan diri ni sape sebenarnya kawan. kawan yg hanya mampu ketawa bersame2. dan SAHABAT yg sentiasa disisi sgt susah dan gembira. ye. dah nampak semuanya. kawan yg hanye dtg bile senang. tnggal bile susah. sahabat yg sentiasa setia disisi. subhanallah. alhamdulillah ya ALLAH hadirkan insan itu sebagai sahabatku. peliharalah ukhwah kami ini.


dan yang paling teringat tuk tahun 2011, bile hati itu terluka. saangat terluka. tapi tak pe. kerana hati yg rapuh dan retak ni sedar BAHAWA ALLAH ITU SENTIASA ADA. alhamdulillah  yaALlah.

btw, 2011 memang tahun yg mengajar erti kehidupan . alhamdulillah yaALLAH. atas ujian MU. kerana ujian MU itu, hati ini lebih tabah menghadapi hari2 mendatang .INSYAALLAH dengan pentunjukMU yaALLAH.

SO,ade ape ngan 2012? 
-wahai hati, berubahlah ke arah yg lebih baek. istiqamahkan hatimu. menjadi muslimah terbaek. demi mencapai redhaNYA.


- dan duhai hati, jauhlah dirimu dari perkara yg melalaikan. sungguh lalai itu menjerumuskan dirimu kearah kemungkaranNYA. nauzubillah.


- dan wahai hati yg rapuh, didiklah dirimu menjadi anak yg solehah, hamba yg BERSYUKUR, dan seorang insan yg terlalu mahal harganya dari kaca2 kerana nilai sebuah permata unggul itu tiada tandinganya. amin3..

REDHALAH PERJALANAN KU DI BUMI MU NI YA ALLAH.

MAKBULKAN PERMINTAAN KU INI. AMIN YA RABBAL ALAMIN..





 


Saturday, December 10, 2011

dari hati ini..


Yang dicari walaupun bukan putera raja, biarlah putera agama...
Yang diimpi biarlah tidak punya rupa, asal sedap dipandang mata..
Yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani, sempurna hati ..
Yang diharap bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada ada matlamat..
Yang datang tak perlu rijal yang gemilang , kerana ana SERIKANDI dengan silam yang kelam ...
Yang dinanti bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia..
Dan yang akan terjadi andai tak sama kehendak hati, ana redha ketetapan Ilahi itulah ketentuan sejak azali....


“ CARILAH LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU , Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA , Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT BERSAMA - SAMA DI SEPERTIGA MALAM . JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA . 



Aku bukanlah seorang gadis yang CEREWET dalam memilih PASANGAN HIDUP..siapalah diriku ini untuk MEMILIH berlian sedangkan aku hanya SEBUTIR PASIR yang wujud di mana-mana..tetapi aku juga punyai KEINGINAN seperti gadis lain, DILAMAR lelaki yang bakal dinobat sebagai AHLI SYURGA, memimpinku ke arah tuju yang satu..bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan..tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku PERLUKAN..aku akan berasa amat BERTUAH andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran PERJUANGANMU..




Jika cintaku padamu menyebabkan aku lebih jauh dari Allah, maka hinakan aku dengan hinaan yang paling hina yang terdaya kau lontarkan.
Jika cintaku padamu tidak berkeupayaan membawamu ke arah yang lebih baik, maka tutuplah hatimu serapat mungkin untukku.
Namun,
Jika cintaku kerana pengabdianku pada Allah.
Jika cintaku kerana ingin membawamu lebih mendekati Allah.
Jika cintaku kerana ingin menjadikan dirimu sebagai bidadariku di Syurga kelak.
Jangan kau palingkan wajahmu,
Jangan kau tutup hatimu,
Jangan kau tinggalkan diriku,
Kerana walaupun cintaku belum sempurna, namun hasrat menyempurnakan cinta bersamamu senantiasa ada.
Biarkan aku BELAJAR cinta sejatiNya terlebih dahulu..hingga saatnya tiba nanti, aku tidak salah dan ragu MENCINTAIMU..dan aku sudah MAMPU mencintaimu bukan keranamu tetapi KERANANYA..


  Insan yang kita cintai itu akan menjadi PENENTU tempat kita di AKHIRAT..insan yang kita cintai itu akan MELAMBANGKAN apa yang ada di dalam hati kita..sama ada KEIMANAN ataupun KEFASIKAN..




Aku sayang kamu dengan caraku tersendiri. Jika mereka memilih untuk kerap bertemu, aku memilih untuk tidak bertemu. Jika mereka memilih untuk kerap berhubungan, aku memilih untuk tidak berhubungan. Jika mereka memilih untuk selalu saling mengingati, aku memilih untuk tidak mengingatimu. Jika memilih untuk saling merindu, aku memilih untuk tidak merinduimu…
Kerana apa pilihanku berbeza dengan mereka???

Kerana engkau belum tentu menjadi milikku. Aku lebih senang bertemu Pelindungku, aku lebih suka berhubungan dengan Kekasihku dengan berdoa, aku lebih suka mengingati Dia yang sering mengingati ku, aku sayang kamu tapi aku lebih sayang Dia…

Terima kasih kerana memahami caraku. moga Allah redha dengan caraku ini 

Andainya kamu adalah JODOHKU yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa KASIH di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita BERPANDANGAN kelak..BAHAGIA itu pasti menjadi MILIK kita, itu janji Allah..


 

 
Apabila dirimu memerlukan KEKASIH maka pilihlah ALLAH..apabila dirimu memerlukan RAKAN maka pilihlah AL-QURAN..apabila dirimu memerlukan SOKONGAN maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati..kerana Dialah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah HILANG malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNya yang memerlukan..~
 
“Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,jangan biarkan aku merindukan kehadirannya…janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya. Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,dan usirlah dia dari relung hatiku Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai sahabat.”






insyaAllah..amin
(^_^)



Thursday, November 10, 2011

ketenangan itu ada di situ..


Ketenangan jiwa, kekuatan hati, kelapangan kalbu, adalah apa yang manusia cari. Ada yang mencarinya dengan duit yang bertimbun, merasakan duit yang banyak menghilangkan keresahan. Ada yang mencarinya dengan mendapatkan pasangan, merasakan pasangannya mampu mengisi kekosongan. Ada yang mencarinya dengan menyendiri, merasakan apabila dirinya bersendirian maka segala gelisah akan hilang.


Tetapi ramai yang tidak bertemu dengannya. Bagaimana mencarinya pun, tetap akhirnya ketenangan dan kelapangan yang didapati itu tidak bertahan. Maka ramai yang tertanya-tanya, apakah yang perlu dilakukan, untuk mendapatkan ketenangan sejati.
Jika soalan ini diberikan kepada saya, maka saya akan menjawab:
“Dengan membersihkan diri.”







Hati itu milik siapa?
Di manakah letaknya ketenangan, kelapangan, dan kesenangan di dalam diri manusia? Dari manakah rasa itu terbit? Dari tangan? Kaki? Perut? Tidak dan tidak.
Tetapi daripada hati. Bukan hati organ. Tetapi ‘hati’. Roh. Yang tidak kelihatan itu.
Kita kembali bertanya, hati itu milik siapa?
Ya, siapakah pencipta kepada hati?
“Allah.” Dan roh kita menjawab.
Maka perjalanan mencari ketenangan adalah bermula dengan jawapan kita itu.

Punca keresahan dan kegelisahan
Mengapakah hati yang diciptakan Allah SWT itu resah dan gelisah? Ya, kenapa?
Kerana hati itu terpisah jauh dengan penciptaNya.
Hati adalah tempat terkandungnya fitrah asal manusia. Sejahat mana pun manusia, apabila mereka melakukan kejahatan mereka, tidak dapat tidak mereka akan dapat mendengar ‘suara hati’ mereka membantah perbuatan mereka. Ya, ini adalah realiti. Tinggal, mereka tetap terus melakukan kejahatan kerana mereka tidak menyahut seruan hati mereka itu.
Fitrah hati adalah taat dan tunduk kepada Allah SWT.
“Bukankah Aku ini Rabb kamu? Mereka menjawab: Iya, kami menjadi saksi.” Surah Al-A’raf ayat 172. Itulah dia perbualan Allah dengan roh-roh sebelum roh-roh dimasukkan ke dalam tubuh kita.
Fitrah kita adalah rapat denganNya. Menjauhi Allah, adalah punca keresahan dan kegelisahan kita. Apakah perkara-perkara yang menjauhkan kita daripada Allah SWT?
Hendak menyenaraikannya pasti panjang. Maka cukup saya konklusikan semua jawapan dengan satu kalimah.
Dosa.



Bersihkan diri, rapati Ilahi, dapatkan ketenangan sejati
Kadangkala kita hairan melihat Rasulullah SAW yang menghadapi ujian dan dugaan yang amat hebat, tetapi baginda kekal tenang di dalam kehidupan. Tidak pernah kedengaran baginda tertekan hingga memarahi isteri dan anak-anak. Tidak pernah kedengaran baginda ‘lost control’, tidak pernah kedengaran baginda mengeluh dan merungut. Baginda tenang, hatta di tengah kancah peperangan.
Mengapa?
Kerana baginda menjaga hubungan dengan Allah SWT.
Kadangkala kita hairan melihat Abdurrahman bin Auf RA, Suhaib Ar-Rumy RA, Uthman ibn Affan RA, yang merupakan golongan kaya, tetapi meninggalkan semua harta mereka ketika hijrah. Tidak pula mereka histeria, tertekan, gundah, resah dengan meninggalkan harta mereka. Bahkan, mereka kuat dan tabah membina semula kehidupan mereka, dan akhirnya kembali berjaya menjadi antara yang terkaya di jazirah arab.
Mengapa?
Kerana mereka menjaga hubungan mereka dengan Allah SWT.
Kadangkala kita hairan melihat sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang tidak banyak wang seperti Abu Hurairah RA, Abu Bakr RA, Umar RA, Bilal bin Rabah RA. Mereka tidak pula sakit jiwa, mereka tidak pula tidak bersemangat, mereka tidak pula mencuri. Bahkan mereka tenang menjalani hidup, bahkan sanggup lagi memberikan infaq dan sedekah walau diri sendiri kesempitan.
Mengapa?
Kerana mereka menjaga hubungan mereka dengan Allah SWT.
Pastinya, orang-orang yang menjaga hubungan dengan Allah SWT ini, sering membersihkan diri mereka. Antara tanda kita menjaga hubungan dengan Allah SWT, adalah kita sentiasa bertaubat dan memohon ampun kepadaNya.
“Sesungguhnya Allah itu mencintai orang-orang yang sering bertaubat dan orang-orang yang membersihkan diri.” Surah Al-Baqarah ayat 222.
Tidakkah kita melihat?



Penutup: Dapatkanlah ketenangan sejati. Sungguh, ia milik kita
Rasulullah SAW dan para sahabat nyata adalah contoh yang terbaik. Mereka memperolehi ketenangan sejati. Hatta badai cabaran yang tinggi juga tidak mampu menggoncangkan manusia yang memperolehi ketenangan hati ini.
Dan ketenangan hati ini adalah milik kita. Sebab itu Allah SWT menggesa kita mendapatkannya. Isyarat gesaan ini tersembunyi di dalam ayat-ayatNya.
“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabb kalian dalam keadaan berpuas hati lagi diredhai.” Surah Al-Fajr ayat 27-28.


Kenapa Allah menyeru jiwa-jiwa yang tenang? Kerana jiwa-jiwa yang tenang sahaja yang mampu kembali kepada Allah dalam keadaan diredhai. Jiwa-jiwa yang tenang sahaja mampu mengharungi segala ujian dan cabaran di atas dunia ini.
Maka apakah kita tunggu lagi? Motivasi meneruskan kehidupan ini dalam keadaan terbaik dan tertinggi, adalah dengan mendapatkan ketenangan hati. Ayuh!
“Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, hati-hati akan menjadi tenang.” Surah Ar-Ra’d ayat 28.
Bersihkan diri, rapati Ilahi, dapatkan ketenangan sejati.


credit to: langitIllahi 

    

Thursday, November 3, 2011

picture tells everything..

















Saturday, October 15, 2011

kecantikan lelaki dan kegagahan wanita..


Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki?
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…


Dan dimana Kegagahan Wanita?
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

 source: here

Sunday, October 2, 2011

aku & dia dah PUTUS..

Assalamualaikum..

“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”

“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati.
x dihargai.
mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  
rabak. koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .
kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.
dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. 
Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.
mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.

aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.
nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. 
Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.

tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.
mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.
tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.

Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur :)

p/s :  Semoga bermanfaat :)
MANUSIA :

BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain

PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain

BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….



credit to: here