BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 23, 2014

FYP oh FYP

assalamualaikum.

after a long time tak jupe update wahai si blog. 

ceritanya, sekarang ni malas busy dengan fyp tapi tidaklah pulak busy utk mengupdate blog. 

last post march 2013, tu pon rajin update sebab mase tu nak abadikan kenangan first time dengan dia.
dan dia sekarang ni dh jadi Dear saye punye dia. *facepalm*

nk cite azam januari rasenye tak lewat ag kot. 

tapi . ade tgok video matlutfi dye kate azam utk budak2 sekolah. ok foinee. 
saye memang budak kicik sekolah lagi. 

makanya, 

azam tahun ni, 

paling utama nak abeskan sem akhir yg berwalikan FYP ni, moga Fyp dapat pass dengan jayanya. 
fyp ni, memang mengajar jiwa ni utk tidak relax. but stil,  ade mase tuk berseronok  menilai diri yg selalu relax. 

kedua, nak kaya. hahaha. kaya utk kawen. 
harap lepas grad dpt keje, dpt kawen. okbai.

ketiga, keempat dan so on, malas nk pk. hanya mampu serahkan pada Allah . Moga Allah permudahkn segala urusan, sentiasa merahmati mama dan ayah, dan melindungi adik2 yg masih di kampung. 
memang homesick. nak balek T_T

last but not least, 

good luck FYP utk yg tengah fyp, good luck kerja utk yg kerja, good luck. :)


sekian, 

assalamualaikum. 

nota jari : malas nk carik pic. so post kali ni tak de pic. ade kaler tu pon dh kire rajin sgt. * ade aku kesah *

Saturday, March 30, 2013

Draft of 28 March 2013

Assalamualaikum. 

Hari ni 30 march. tapi nk buat 28 march. motif?sebab nye 28 tu...nothing ! ok. abaikan tajuk.
setelah sekian agak sebulan tak update, maka ini kalilah ( ok. dah jangkit) kite update. 

Weekend. ye . hari ni . weekend. maka dengan rajin semangat, bace buku Simfoni cinta ni ( malas nk attach pic. sile gugel kalau nk tgok review buku )  yang sangat best. banyak pengajaran. banyak inspirasi. yg seolah2 kene dengan diri. dan sometimes, brought tears to my eye. ouch! ye la. dah cite tu mcm terharu sgt, sape suruh.

 dan post ni pon sebab nk list kan beberape ayat yg sangat terkesan dalam hati. Untuk reference mase depan, pada diri. (at least nati bole tunjuk kat anak2 cucu nati. ok. mengarut)

Before listing, its good to mention that, all this credit to Simfoni Cinta-Hilal Asyraf ( yg tak kenal dye, bole gugel @ type kat fb. sebab saye malas tak rajin nk copy paste link kat cini. dye faymes. dan page dye bermanfaat. seyes.tak tipu. )
So, ini la ayat yang goes straight to my heart~ : 


1) "Manusia suke memarahi Tuhan, mengapa jadikan hidupnya begitu dan begini. Tetapi sering manusia terlupa bahawa padanya ada pilihan. Untuk berusaha menjadi lebih baik, atau sekadar tidak bergerak merubah keadaan "
-relate dengan diri yg suke mempersoalkan kenape saye berada di sini, usm , kos ini, yg sangatlah susah 
awesome!

2)Ajaib, luar biasa. Dengan keimanan, manusia mampu mencapainya, berlainan dengan manusia yang lainnya, tatkala ramai yang berputus asa . 
-relate dengan diri yg suke putus asa bile terlalu bnyk pressure. sume ni sebb saye terlalu sensitif  pikir dengan mendalam terhadap sesuatu perkara. 

3) Kalau benar cintamu kepada Tuhan lebih tinggi, maka di manakah pembuktiannya? Sesungguhnya cinta bukan sekadar dengan kata dan angan-angan, tetapi dibuktikan dengan amal tindakan. 
-relate dengan diri yg selalu tangguh-tangguh untuk bertudung labuh  berubah. hurmm. di mana pembuktiannya. dimana. 

4)Cinta bukan mudah. Mustahil jika hendak membawa ke syurga tidak akan diuji. Justeru cinta akan ditapis Illahi, Hingga diri benar-benar layak memikulnya nanti. 
- yang ni memang T_T . 

5)Kadang kala tuhan memanggil kita, agar kita memanggilNYA. Agar kita tinggalkan selimut kelekaan, menuju ke medan perjuangan untuk membawa kemenangan. 
- this :') . inspired me yg selalu mudah rase down bile diuji. memetik kata someone " Kita kan khalifah Allah. " indeed, panggilan Allah untuk khalifahNYA . 

6)Kadang kala perjalanan itu pahit, tetapi kita tidak pernah mengetahui apakah penghujungnya , maka dari perjalanan itu kita belajar, untuk mencapai cinta di kemudian harinya. 
-relate dengan perjalanan hidup, yg kadangkala terase pahit untuk ditelan. tapi pahit itu mujarab. yes, mcm ubat. :P

7)bukanlah perempuan itu perlu menunjukkan kekuatan di medan yang sama. kerana dirinya ada medan yang lainnya. Bukanlah lemah bila melakukan tugasan masing-masing, dan bukanlah kuat bila tidak melakukan yang sepatutnya. 
-relate dengan diri yg sometimes agak tertanye2 mengapa kerjaya ini bakal menjadi kerjaya ku sedang kan diri ini terase tidak layak. diri yang bercita2 menjadi cikgu, tapi sangkut di sini yg lebih kepada profesiion software engineer. dan ye, 'dirinya ada medan yg lainnya' insyaALLAh :)

8)Cinta bonda tidak bertepi, bukannya meminta dibalas ganti , tetapi cukuplah jika zuriatnya menjadi saham buatnya di akhirat nanti 
- ini memang susah nk stop T_T . hanya mampu berdoa moga diri ni, mampu menjadi saham untuk mama dan ayah di akhirat nanti. amin.. dan janganlah aku menjadi penyebab mereka kerugian di akhirat nanti. nauzubillah. 

9)kadang kite terlalu mengejar cinta manusia, hingga lupa urusan cinta kita denganNYA banyak yang masih belum diusahakan. Kemudian bila kita mengeluh sukarnya cinta kita dengan manusia , baru kita perasan yang kite telah kehilangan. 
-This one goes deep to heart. yes, sangat relate dgn diri yg kadang2 terlalu mudah mempercayai cinta manusia. somehow, its lesson. moga Allah kurniakan cinta manusia yang menjadikan diri ni tak kan lupa dengan urusan cinta ALLAH. amin.
p/s: incik bakal suami yg entah di mana dirimu, take note this! okbai. 

10)Pelangi itu ada, tinggal kita tidak melihatnya bukankah tuhan telah berjanji kepada kita, bahawa setiap kesukaran itu, kesenangan wujud mengiringinya .. 
-Indeed, every hardship comes with HIS blessing. HE never puts me in a situation i cant handle. yes, HE knows very well !



p/s: lupe nk kredit to kawan sepermainan yg bagi pinjam buku ni. thanks a lot ! :)

DAN, itu sahaja update tuk bulan ini. anngyeong!
stay tuned. tuk bulan depan akan datang. 

Saturday, February 2, 2013

kerana aku wanita.



(1) Semakin banyak pandangan lelaki yang tergiur denganmu semakin bertumpuk pula dosa-dosamu ...





(2) Semakin sang lelaki menghayalkanmu. -..semakin berhasrat denganmu maka semakin bertumpuk pula dosa-dosamu ...





(3) Janganlah anda menyangka senyumanmu yang kau tebarkan secara sembarangan tidak akan ada pertanggungjawa bannya kelak..!!!. Bisa jadi senyumanmu sekejap menjadi bahan lamunan seorang lelaki yang tidak halal bagimu selama berhari-hari.., apalagi keelokan tubuhmu ....








(4) Bayangkanlah ... betapa bertumpuk dosa-dosa para artis dan penyanyi yang aurotnya diumbar di hadapan ribuan...bahkan jutaan para lelaki??







(5) Jika anda menjaga kecantikanmu dan kemolekan tubuhmu hanya untuk suamimu...maka anda kelak akan semakin cantik dan semakin molek di surga Allah ....







(6) Akan tetapi jika anda umbar kecantikanmu dan kemolekanmu maka ingatlah itu semua akan sirna dan akan lebur di dalam liang lahad menjadi santapan cacing dan ulat...dan di akhirat kelak...bisa jadi berubah menjadi bahan bakar neraka jahannam!!!







credit to : facebook

Thursday, September 27, 2012

Pemimpin terbaek seisi dunia. juga akhirat.

Rasulullah sebaik-baik pemimpin
ketika Rasulullah Saw mengimami solat berjemaah, para sahabat mendapati seolah-olah setiap kali beliau berpindah rukun terasa susah sekali dan terdengar bunyi yang aneh. Selepas solat, salah seorang sahabat, Sayyidina Umar bin Khatthab bertanya, “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah baginda menanggung penderitaan yang amat berat. Sedang sakitkah engkau ya Rasulullah? “Tidak ya Umar. Alhamdulillah aku sehat dan segar.” Jawab Rasulullah. “Ya Rasulullah, mengapa setiap kali Baginda menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi-sendi tubuh baginda saling bergesekkan? Kami yakin baginda sedang sakit”. Desak Sayyidina Umar penuh cemas.




Akhirnya, Rasulullahpun mengangkat jubahnya. Para sahabatpun terkejut ketika mendapati perut Rasulullah SAW yang kempis tengah di lilit oleh sehelai kain yang berisi batu kerikil sebagai penahan rasa lapar. Ternyata, batu-batu kerikil itulah yang menimbulkan bunyi aneh setiap kali tubuh Rasulullah SAW bergerak. Para sahabatpun berkata, “Ya Rasulullah, adakah bila baginda menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?”. Baginda Rasulullah pun menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apapun akan kalian korbankan demi Rasulmu. Tetapi, apa jawapanku nanti dihadapan Allah, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya? Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah buatku, agar kelak umatku tak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih di akhirat nanti.



Teramat agung pribadi Rasulullah SAW sehingga para sahabat yang ditanya oleh seorang badui tentang akhlak beliau SAW hanya mampu menangis karena tak sanggup untuk menggambarkan betapa mulia akhlak beliau SAW. Beliau diutus tidak lain untuk menyempurnakan akhlak manusia dan sebagai suri tauladan yang baik sepanjang zaman.



CREDIT TO SOMEONE :)

Thursday, September 6, 2012

telepathy aku dan DIA..


Kita selalu bertanya dan al-Quran sudah menjawabnya….
Kita bertanya: Kenapa aku diuji?


Quran menjawab, “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ,”Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3).

Kita bertanya: Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?


Quran menjawab, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216).
Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?


Quran menjawab, “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286).
Kita bertanya: Kenapa kita rasa Kecewa (frust)?


Quran menjawab, “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Ali Imran, ayat 139).
Kita bertanya: Bagaimanakah harus aku menghadapinya?


Quran menjawab, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 45).

Kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?


Quran menjawab, “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal.” (Surah at-Taubah, ayat 129).
Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?


Quran menjawab, “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, ayat 111).


Kita berkata: Aku tak tahan!


Quran menjawab, “….dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 12).

Kita berkata: Sampai bila aku akan merana begini?


Quran menjawab, “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6).

Tuesday, March 13, 2012

and again.it happen.


kerana cinta, aku merelakan sebuah perpisahan..

kerana cinta, aku lepaskan kegembiraan...

kerana cinta, aku memilih meninggalkan kebahgiaan yang tidak pasti..


hasilnya, Allah di hati..

aku cuba kuatkan diri…

telah ku cuba menenangkan hati..

cukuplah Allah sebagai penawar hati..

jika bukan di dunia.. akhirat masih setia menanti..

TAPIIII….

aku hanyalah manusia biasa..

yang punya hati, juga perasaan..

kadangkala, hampirku tersungkur di kaki tipu daya hati dan perasaan..

ya Allah, berikanlah aku kekuatan T_T
 



-credit to owner-

Tuesday, March 6, 2012

fakta menarik LELAKI yg WANITA perlu tahu.



Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.


Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.


Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.


Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.


Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.


Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.


Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.


Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.


Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.


Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
Lelaki juga akan menangis.


Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.


Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.




Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.


Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’


Lelaki amat sayang ibu mereka.


Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.


Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.


Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.


Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.


Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.


Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.


Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.


Lelaki lebih banyak berfikir.


Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.


Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.


Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.


Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.


Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.


Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.


Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.


Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.


Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.


Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.


Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.


Sumber : http://wootmedia.my/



ouh. begitu ye~

Saturday, February 25, 2012

pernahkah?



♥ PERNAHKAH ...?? ♥  

PERNAHKAH...
Saat kau duduk santai dan menikmati harimu, tiba-tiba kamu terfikirkan ingin berbuat sesuatu kebaikan untuk seseorang?

♥ Itu Adalah Allah...
Yang sedang berbicara denganmu dan mengetuk hatimu...♥
(QS 4:114 , 2:195 , 28:77)

PERNAHKAH...
Saat kau sedang sedih... kecewa... tetapi tidak ada orang di sekitarmu yang dapat kau jadikan tempat curahan hati?

♥ Itulah saatnya di mana Allah .. Sedang rindu padamu dan ingin
agar kamu berbicara padaNYA...♥
(QS 12:86)

PERNAHKAH...
Kamu tanpa sengaja memikirkan seseorang yang sudah lama tidak bertemu dan tiba-tiba orang tersebut muncul atau kamu bertemu dengannya atau menerima panggilan telefon atau message darinya?

♥ Itu adalah Kuasa Allah yang sedang menghiburmu. Tidak ada namanya kebetulan...♥(QS 3:190-191)

PERNAHKAH...
Kamu mengharapkan sesuatu yang tidak terduga... yang selama ini kamu inginkan... tapi rasanya sulit untuk didapatkan?

♥ Itu adalah Allah...
Yang mengetahui dan mendengar suara batinmu... Dan hasil dari kebaikan yang kamu taburkan sebelumnya ♥
(QS 65:2-3)

PERNAHKAH...
Kau berada dalam situasi yang buntu... semua terasa begitu payah... begitu tidak menyenangkan... hambar... kosong... bahkan menakutkan...?

♥ Itu adalah saat di mana Allah mengijinkan kamu diuji, supaya kamu menyedari KeberadaanNYA. Dan Allah ingin mendengar rintihan dan doamu. Karena Dia tahu kamu sudah mulai melupakanNYA dalam kesenangan...♥
(QS 47:31 , 32:21)

Sering Allah mendemonstrasikan KASIH dan KUASANYA di dalam keadaan, di mana saat manusia merasa dirinya tak mampu.

Apakah kau fikir tulisan ini hanya kebetulan terkirim padamu...?

TIDAK! Sekali lagi TIDAK ada yang kebetulan...

Beberapa minit ini tenangkanlah dirimu...

Rasakan kehadiran-Nya...

Dengarkan suara-Nya yang berkata:

♥"Jangan Khawatir ,AKU ada disini bersamamu..!"♥
(QS 2:214 , 2:186, 50:16)

Tersenyumlah sahabat hatiku....^_^








credit to: here

Saturday, February 18, 2012

bukan sombong.

Jika benar cinta itu kerana Allah SWT, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah SWT kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah SWT maka ia pun berhilir hanya kepada Allah SWT.

Tetapi, ingatlah! Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah SWT dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah SWT dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.



Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.

Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul² sudah bersedia maka kahwinlah.

Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah SWT bukan di pandangan manusia.










Untuk Hawa.

Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.




Untuk Adam.

Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam Islam.




Saturday, December 31, 2011

ade ape dgn 2012?

ASSALAMUALAIKUM..


memandangkan lagi berape jam nak berakhirnye 2011, make ta salah kalau kita muhasabah diri ape yg kite dah buat sepanjang tahun sebelum 2012 berakhir( ye. memg la selalu kene muhabasah diri.) sedar tak sedar dah tahun 2012 ye? time flies very fast. yes. in the blink of an eye, dah 2012 upenye( lagi berape jam.silap. minit. ) 


memang org selalu cakap jgn pandang belakang, but keeps on moving .tapi for certain reasons its good to look back to value back u have get so far.


2011? urm. tahun 2011 memang banyak kenangan. sangt banyak. ye . tak dinafikan tahun sebelum ni lagi banyak kenangan .tapi bagi diri ini, tahun 2011 lebih banyak mengajar erti kehidupan. dah 20 tahun hidop. fikiran pon semakin matang.  tu yg makin menghargai setiap ape yg berlaku. tapi setiap ape yg berlaku, sesungguhnya itu adalah the best teacher.as the words say: experience is the best teacher. 
 bile tgok balek, rase mcm diri ni dah semakin mampu berfikir, mampu menilai ape yg baek dan ape yg terbaek. subhanallah. sungguh ALLAH itu maha adil. ujian yg datang tu semua ada hikmahnya..




kalu rewind balek, ade satu kes ni yg paling buat diri ni rase semakin matang. handling emotion. yes. handle it when it comes to the worst situation. rase teraniaya. rase terkhianati. rase itu. rase ini. semua ada. maha suci Allah. mula2 memang rase tak mampu dah nak teruskan perjalanan hidup ni sbb ta mampu nak kawal emosi itu, tapi ALLAH takkan pernah tinggal hambaNYA. itu janjiNYA. dan JANJI itU pasti ditepati. saat tu, ALLAH sebaik2 penolong. ALHAMDULILAH yaALLAH membawa balek diri ini yg satu saat dulu jatuh tersungkur seolah- olah tidak mampu untuk bangun. . ALHAMDULILLAH..


frankly speaking, rasenye tahun 2011 lebih banyak mengajar untuk menilai people. supaya - jangan terlalu percaya org. ya. even bertahun2 kenal pon, ta mustahil org tu akan khianati. 


dan KAWAN? alhamdulillah YA ALLAH . kerana telah tunjukkan diri ni sape sebenarnya kawan. kawan yg hanya mampu ketawa bersame2. dan SAHABAT yg sentiasa disisi sgt susah dan gembira. ye. dah nampak semuanya. kawan yg hanye dtg bile senang. tnggal bile susah. sahabat yg sentiasa setia disisi. subhanallah. alhamdulillah ya ALLAH hadirkan insan itu sebagai sahabatku. peliharalah ukhwah kami ini.


dan yang paling teringat tuk tahun 2011, bile hati itu terluka. saangat terluka. tapi tak pe. kerana hati yg rapuh dan retak ni sedar BAHAWA ALLAH ITU SENTIASA ADA. alhamdulillah  yaALlah.

btw, 2011 memang tahun yg mengajar erti kehidupan . alhamdulillah yaALLAH. atas ujian MU. kerana ujian MU itu, hati ini lebih tabah menghadapi hari2 mendatang .INSYAALLAH dengan pentunjukMU yaALLAH.

SO,ade ape ngan 2012? 
-wahai hati, berubahlah ke arah yg lebih baek. istiqamahkan hatimu. menjadi muslimah terbaek. demi mencapai redhaNYA.


- dan duhai hati, jauhlah dirimu dari perkara yg melalaikan. sungguh lalai itu menjerumuskan dirimu kearah kemungkaranNYA. nauzubillah.


- dan wahai hati yg rapuh, didiklah dirimu menjadi anak yg solehah, hamba yg BERSYUKUR, dan seorang insan yg terlalu mahal harganya dari kaca2 kerana nilai sebuah permata unggul itu tiada tandinganya. amin3..

REDHALAH PERJALANAN KU DI BUMI MU NI YA ALLAH.

MAKBULKAN PERMINTAAN KU INI. AMIN YA RABBAL ALAMIN..





 


Saturday, December 10, 2011

dari hati ini..


Yang dicari walaupun bukan putera raja, biarlah putera agama...
Yang diimpi biarlah tidak punya rupa, asal sedap dipandang mata..
Yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani, sempurna hati ..
Yang diharap bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada ada matlamat..
Yang datang tak perlu rijal yang gemilang , kerana ana SERIKANDI dengan silam yang kelam ...
Yang dinanti bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia..
Dan yang akan terjadi andai tak sama kehendak hati, ana redha ketetapan Ilahi itulah ketentuan sejak azali..♥..♥


“ CARILAH LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU , Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA , Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT BERSAMA - SAMA DI SEPERTIGA MALAM . JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA . 



Aku bukanlah seorang gadis yang CEREWET dalam memilih PASANGAN HIDUP..siapalah diriku ini untuk MEMILIH berlian sedangkan aku hanya SEBUTIR PASIR yang wujud di mana-mana..tetapi aku juga punyai KEINGINAN seperti gadis lain, DILAMAR lelaki yang bakal dinobat sebagai AHLI SYURGA, memimpinku ke arah tuju yang satu..bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan..tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku PERLUKAN..aku akan berasa amat BERTUAH andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran PERJUANGANMU..




Jika cintaku padamu menyebabkan aku lebih jauh dari Allah, maka hinakan aku dengan hinaan yang paling hina yang terdaya kau lontarkan.
Jika cintaku padamu tidak berkeupayaan membawamu ke arah yang lebih baik, maka tutuplah hatimu serapat mungkin untukku.
Namun,
Jika cintaku kerana pengabdianku pada Allah.
Jika cintaku kerana ingin membawamu lebih mendekati Allah.
Jika cintaku kerana ingin menjadikan dirimu sebagai bidadariku di Syurga kelak.
Jangan kau palingkan wajahmu,
Jangan kau tutup hatimu,
Jangan kau tinggalkan diriku,
Kerana walaupun cintaku belum sempurna, namun hasrat menyempurnakan cinta bersamamu senantiasa ada.
Biarkan aku BELAJAR cinta sejatiNya terlebih dahulu..hingga saatnya tiba nanti, aku tidak salah dan ragu MENCINTAIMU..dan aku sudah MAMPU mencintaimu bukan keranamu tetapi KERANANYA..


  Insan yang kita cintai itu akan menjadi PENENTU tempat kita di AKHIRAT..insan yang kita cintai itu akan MELAMBANGKAN apa yang ada di dalam hati kita..sama ada KEIMANAN ataupun KEFASIKAN..




Aku sayang kamu dengan caraku tersendiri. Jika mereka memilih untuk kerap bertemu, aku memilih untuk tidak bertemu. Jika mereka memilih untuk kerap berhubungan, aku memilih untuk tidak berhubungan. Jika mereka memilih untuk selalu saling mengingati, aku memilih untuk tidak mengingatimu. Jika memilih untuk saling merindu, aku memilih untuk tidak merinduimu…
Kerana apa pilihanku berbeza dengan mereka???

Kerana engkau belum tentu menjadi milikku. Aku lebih senang bertemu Pelindungku, aku lebih suka berhubungan dengan Kekasihku dengan berdoa, aku lebih suka mengingati Dia yang sering mengingati ku, aku sayang kamu tapi aku lebih sayang Dia…

Terima kasih kerana memahami caraku. moga Allah redha dengan caraku ini 

Andainya kamu adalah JODOHKU yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa KASIH di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita BERPANDANGAN kelak..BAHAGIA itu pasti menjadi MILIK kita, itu janji Allah..


 

 
Apabila dirimu memerlukan KEKASIH maka pilihlah ALLAH..apabila dirimu memerlukan RAKAN maka pilihlah AL-QURAN..apabila dirimu memerlukan SOKONGAN maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati..kerana Dialah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah HILANG malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNya yang memerlukan..✿~
 
“Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,jangan biarkan aku merindukan kehadirannya…janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya. Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,dan usirlah dia dari relung hatiku Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai sahabat.”






insyaAllah..amin
(^_^)



Thursday, November 10, 2011

ketenangan itu ada di situ..


Ketenangan jiwa, kekuatan hati, kelapangan kalbu, adalah apa yang manusia cari. Ada yang mencarinya dengan duit yang bertimbun, merasakan duit yang banyak menghilangkan keresahan. Ada yang mencarinya dengan mendapatkan pasangan, merasakan pasangannya mampu mengisi kekosongan. Ada yang mencarinya dengan menyendiri, merasakan apabila dirinya bersendirian maka segala gelisah akan hilang.


Tetapi ramai yang tidak bertemu dengannya. Bagaimana mencarinya pun, tetap akhirnya ketenangan dan kelapangan yang didapati itu tidak bertahan. Maka ramai yang tertanya-tanya, apakah yang perlu dilakukan, untuk mendapatkan ketenangan sejati.
Jika soalan ini diberikan kepada saya, maka saya akan menjawab:
“Dengan membersihkan diri.”







Hati itu milik siapa?
Di manakah letaknya ketenangan, kelapangan, dan kesenangan di dalam diri manusia? Dari manakah rasa itu terbit? Dari tangan? Kaki? Perut? Tidak dan tidak.
Tetapi daripada hati. Bukan hati organ. Tetapi ‘hati’. Roh. Yang tidak kelihatan itu.
Kita kembali bertanya, hati itu milik siapa?
Ya, siapakah pencipta kepada hati?
“Allah.” Dan roh kita menjawab.
Maka perjalanan mencari ketenangan adalah bermula dengan jawapan kita itu.

Punca keresahan dan kegelisahan
Mengapakah hati yang diciptakan Allah SWT itu resah dan gelisah? Ya, kenapa?
Kerana hati itu terpisah jauh dengan penciptaNya.
Hati adalah tempat terkandungnya fitrah asal manusia. Sejahat mana pun manusia, apabila mereka melakukan kejahatan mereka, tidak dapat tidak mereka akan dapat mendengar ‘suara hati’ mereka membantah perbuatan mereka. Ya, ini adalah realiti. Tinggal, mereka tetap terus melakukan kejahatan kerana mereka tidak menyahut seruan hati mereka itu.
Fitrah hati adalah taat dan tunduk kepada Allah SWT.
“Bukankah Aku ini Rabb kamu? Mereka menjawab: Iya, kami menjadi saksi.” Surah Al-A’raf ayat 172. Itulah dia perbualan Allah dengan roh-roh sebelum roh-roh dimasukkan ke dalam tubuh kita.
Fitrah kita adalah rapat denganNya. Menjauhi Allah, adalah punca keresahan dan kegelisahan kita. Apakah perkara-perkara yang menjauhkan kita daripada Allah SWT?
Hendak menyenaraikannya pasti panjang. Maka cukup saya konklusikan semua jawapan dengan satu kalimah.
Dosa.



Bersihkan diri, rapati Ilahi, dapatkan ketenangan sejati
Kadangkala kita hairan melihat Rasulullah SAW yang menghadapi ujian dan dugaan yang amat hebat, tetapi baginda kekal tenang di dalam kehidupan. Tidak pernah kedengaran baginda tertekan hingga memarahi isteri dan anak-anak. Tidak pernah kedengaran baginda ‘lost control’, tidak pernah kedengaran baginda mengeluh dan merungut. Baginda tenang, hatta di tengah kancah peperangan.
Mengapa?
Kerana baginda menjaga hubungan dengan Allah SWT.
Kadangkala kita hairan melihat Abdurrahman bin Auf RA, Suhaib Ar-Rumy RA, Uthman ibn Affan RA, yang merupakan golongan kaya, tetapi meninggalkan semua harta mereka ketika hijrah. Tidak pula mereka histeria, tertekan, gundah, resah dengan meninggalkan harta mereka. Bahkan, mereka kuat dan tabah membina semula kehidupan mereka, dan akhirnya kembali berjaya menjadi antara yang terkaya di jazirah arab.
Mengapa?
Kerana mereka menjaga hubungan mereka dengan Allah SWT.
Kadangkala kita hairan melihat sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang tidak banyak wang seperti Abu Hurairah RA, Abu Bakr RA, Umar RA, Bilal bin Rabah RA. Mereka tidak pula sakit jiwa, mereka tidak pula tidak bersemangat, mereka tidak pula mencuri. Bahkan mereka tenang menjalani hidup, bahkan sanggup lagi memberikan infaq dan sedekah walau diri sendiri kesempitan.
Mengapa?
Kerana mereka menjaga hubungan mereka dengan Allah SWT.
Pastinya, orang-orang yang menjaga hubungan dengan Allah SWT ini, sering membersihkan diri mereka. Antara tanda kita menjaga hubungan dengan Allah SWT, adalah kita sentiasa bertaubat dan memohon ampun kepadaNya.
“Sesungguhnya Allah itu mencintai orang-orang yang sering bertaubat dan orang-orang yang membersihkan diri.” Surah Al-Baqarah ayat 222.
Tidakkah kita melihat?



Penutup: Dapatkanlah ketenangan sejati. Sungguh, ia milik kita
Rasulullah SAW dan para sahabat nyata adalah contoh yang terbaik. Mereka memperolehi ketenangan sejati. Hatta badai cabaran yang tinggi juga tidak mampu menggoncangkan manusia yang memperolehi ketenangan hati ini.
Dan ketenangan hati ini adalah milik kita. Sebab itu Allah SWT menggesa kita mendapatkannya. Isyarat gesaan ini tersembunyi di dalam ayat-ayatNya.
“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabb kalian dalam keadaan berpuas hati lagi diredhai.” Surah Al-Fajr ayat 27-28.


Kenapa Allah menyeru jiwa-jiwa yang tenang? Kerana jiwa-jiwa yang tenang sahaja yang mampu kembali kepada Allah dalam keadaan diredhai. Jiwa-jiwa yang tenang sahaja mampu mengharungi segala ujian dan cabaran di atas dunia ini.
Maka apakah kita tunggu lagi? Motivasi meneruskan kehidupan ini dalam keadaan terbaik dan tertinggi, adalah dengan mendapatkan ketenangan hati. Ayuh!
“Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, hati-hati akan menjadi tenang.” Surah Ar-Ra’d ayat 28.
Bersihkan diri, rapati Ilahi, dapatkan ketenangan sejati.


credit to: langitIllahi