Jangan mengharapkan terima kasih. Nanti kita sakit jiwa. Hakikatnya, majoriti manusia yang hidup di dunia ini tidak pandai berterima kasih. Jika kepada Allah pun hanya sedikit manusia yang mampu bersyukur, inikan pula sesama manusia.
Terdapat DUA cerita santai yang boleh dikaitkan dengan situasi ini,
Pertama : cerita tentang Nasiruddin seorang Sufi yang ketika dia masuk ke sebuah kamnpung., seluruh kampung mengalu-alukan kedatangannya. "Selamat datang ulama', selamat datang orang alim...Ajarkan kami, ajarkan kami," sorak penduduk kampung. "Mengapa kamu semua merasakan aku orang alim?" "Kerna serban besar yang tuan pakai" Nasiruddin pun membuka serbannya dan dipakaikan ke kepala keldai yang ditunggangnya. "Nah! sekarang kau semua belajar daripada keldaiku. Dia alim sekarang, kerana telah memakai serban besar!" Nasiruddin tetap Nasiruddin walaupun tanpa serbannya. Yang lebih penting ialah diri kita bukan pakaian., gelaran, dan harta yang kita miliki. Dan kita sebenarnya tidak perlu penghargaan orang asalkan kita pandai menghargai diri kita sendiri. Hasil kajian pakar psikologi, menurut mereka penilaian diri kita terhadap diri sendiri jauh lebih penting berbanding penilaian orang lain terhadap kita. Jadi, jangan sampai penilaian orang lain mempengaruhi penilaian kita terhadap diri kita sendiri.
Cerita kedua : seorang bijak pandai telah dijemput ke satu majlis jamuan makan. Dengan pakaian yang sangat sederhana bijak pandai itu pun pergi ke sana. Malangnya, setibanya di majlis itu dia tidak dijemput langsung untuk makan. Tuan rumah mengutamakan orang kenamaan yang lain. Si bijak pandai pulang semula ke rumahnya lalu menukar pakaian. Dia mengenakan pakaian yang mahal dan gemerlapan lalu pergi ke majlis tersebut. Kali ini dia disambut dengan mesra dan dihidangkan dengan makanan yang lazat. Si bijak pandai lantas menuangkan lauk-pauk dan makanan yang terhidang ke pakaiannya, "Mengapa?" tanya orang ramai. Si bijak menjawab, "Tuan rumah hendak menjamu pakaianku bukan diriku!"
Orang pandai kenal orang bodoh. Tapi orang bodoh tak kenal orang pandai. Life is to complete not to compete-hidup bukan satu pertandingan., tetapi satu perkongsian. Tinggalkan mereka yang asyik nak bertanding dengan harta, nama dan jawatan. Kita teruskan dengan perkongsian ilmu, iman, dan kebajikan. Yang penting ikhlas. Memberi bukan untuk menerima. Berjuang bukan kerana nama!
Berapa ramai anak yang begitu admire dengan Ibu Mithali yang dinobatkan oleh pihak itu dan ini sehingga mengecilkan jasa ibu sendiri. Kononnya, Ibu Mithali itulah lebih baik daripada ibu mereka sendiri. Dan betapa ramai pula ibu yang impikan anak seperti mereka yang dianugerahkan "Pelajar Cemerlang", "Remaja Dedikasi" dan sebagainya...hingga merasakan anak sendiri kurang "harga"nya.
Apakah pesan kita untuk anak dan ibu seperti itu?
Katakan, "Ibu kita mungkin bukan ibu yang terbaik, tetapi sebagai anaknya, kita mesti nampak di mana kebaikan ibu kita sendiri"
Begitulah juga dengan diri sendiri. Kita ini bukan orang terbaik, tetapi kita mesti menghargai kelebihan atau kebaikan kita sendiri.Kita akan memajukan diri kita sendiri ke tahap maksimum selaras dengan kelebihan itu. Bertanding dengan diri sendiri, berkongsi dengan orang lain.
----------------*********------------------
Kata bijak pandai; jangan bersedih jika kita TIDAK DIHARGAI tetapi sedihlah jika benar-benar kita TIDAK BERHARGA.
sumber: here
sumber: here
2 comments:
dafabet | Football Tips
dafabet.com. dafabet Website: www.dafabet.com. App: dafabetbet.com 메리트카지노총판 Platforms: mobile. bk8 com.facebook.com/dafabetbet.com dafabetbet
However, it wasn’t until 1590 that this sketch grew to become a reality as metal workers began utilizing two heavy cylinders to press metals, altering their thickness and form. Therefore, it's going to retain its best bathroom space heater power and nature even when exposed to environmental circumstances similar to rain, salt, and acid. Because of its properties, stainless-steel sheet metal is a major part of of} the development business.
Post a Comment